Sunday 14 April 2013



BACA AL QURAN TAPI TAK FAHAM? 

 Sekarang dah takde alasan untuk tak faham Al Quran. Macam-macam terjemahan dan tafsir Al Quran ada di pasaran. Yang terbaru, tafsir Al Quran perkataan demi perkataan.


 Cuba tengok ni..

 http://bit.ly/178HJkF

Menarik, kan? Edisi terkini, yang pertama di dunia. Jadikan Al Quran bacaan harian kita. Penghibur di kala gelisah, petunjuk di kala kebuntuan.

 Boleh dapatkan di sini!

 http://bit.ly/178HJkF

Sunday 7 April 2013

Pengalaman Penyusuan Susu Ibu: Motivasi untuk Ibu-Ibu Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry kali ni saya nak berkongsi sikit pengalaman menyusukan anak dengan susu ibu.

Sekadar hiasan: ihsan encik google.

Pendedahan Awal Dari Sekolah.
Saya mula didedahkan dengan kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu sewaktu di tingkatan 4 lagi, Waktu tu saya dan beberapa rakan sekelas dijemput menghadiri ceramah sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. 

Wednesday 3 April 2013

Seronoknya Mengasuh Anak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saat yang paling membahagiakan bagi seorang ibu adalah melihat anaknya membesar di depan mata. Saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang untuk menyusukan anak dengan susu ibu dan mengasuhnya sendiri di rumah. Saya sukakan kanak-kanak. Walau pun ada yang kata saya seorang yang tegas, tapi dengan anak-anak, saya ada aura keibuan yang buat mereka suka berada hampir dengan saya. 

Saya masih ingat sewaktu umur saya 9 tahun, saya selalu disuruh emak supaya menjaga adik bongsu sewaktu emak ke bendang. Saya suka mendodoikan adik di buaian dengan lagu-lagu yang saya belajar di sekolah.  Kata emak, antara kakak dan adik perempuan saya (kami selang 2 tahun), saya yang lebih diharap dalam bab menjaga budak. Saya seronok dapat bancuhkan susu, bermain dengan adik, membawanya berjalan ke rumah jiran sampailah  ke bab mencebok....

Saturday 30 March 2013

Anak Kecil dan Matematik...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pasti ramai ibu ayah yang inginkan anaknya cemerlang dalam pelajaran. Saya sendiri walaupun anak baru berumur 3 tahun lebih, sangat ambil berat soal pendidikan awal di rumah. Antaranya, ajarkan asas matematik  semasa bermain ( kira gula-gula) dan selesaikan soalan aritmatik mudah daripada iPad (mainan) 

Anak-anak ni ada sifat semulajadi yang kita perlu kenalpasti. Nak kenal ni, buatlah research sikit. Ada banyak sumber di internet dan buku di pasaran. Bagi anak yang lebih cenderung kepada logik-matematik, dedahkan dengan rangsangan yang sesuai dengan potensi diri mereka seawal mungkin. Beri rangsangan dan kembangkan bakat mereka sebaik mungkin.  

Tak bermakna matematik tak penting untuk anak-anak kategori lain. Matematik adalah asas ilmu. Orang yang menguasai matematik adalah penakluk dunia.  Orang Yahudi dah rangsang anak mereka sejak dari kandungan lagi dengan matematik. Wanita hamil Yahudi sering membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan mereka. Tak hairanlah, para intelektual dunia adalah dikalangan orang Yahudi. Jadi, matematik perlu dikuasai oleh anak-anak kita dan sebagai orang tuanya, kita lebih dulu perlu jadi contoh. Belum terlambat untuk berubah. Belajar adalah proses sepanjang hayat. Belajar matematik pun begitu!

Jom, tingkatkan ilmu matematik hari ini juga!




Thursday 28 March 2013

Jual Idea & Pendedahan Berani Mati !


Assalamualaikum dan Salam hormat;
Apa khabar?

Dah tengok website ni?
>>> http://rajakamil.jomniaga.com/go/wardah2013/?tads=30

Kalau dah baguslah. Sebab senang saya nak
dedahkan satu penipuan yang dilakukan secara licik
oleh para otai IM !

Diorang kata, "money is in the list".

Kononnya, kalau takde autoresponder, takde
mailing list, tak boleh buat duit !

#@$@# je semua tu !

Sebab apa saya kata macamtu?

Kawan saya, Raja Kamil dah dedahkan, sebenarnya, kalau
takde mailing list pun boleh dapat income di internet.

Tengok sini,
>>> http://rajakamil.jomniaga.com/go/wardah2013/?tads=30

Dia kata, kalau ada idea pun boleh buat duit !
Maklumat lanjut, boleh baca di sini,
>>> http://rajakamil.jomniaga.com/go/wardah2013/?tads=30


Terima kasih !
http://rajakamil.jomniaga.com/go/wardah2013/?tads=30

Saturday 6 October 2012

BELAJARLAH DARIPADA ANAK KECIL.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Melihat telatah anak kecil seringkali membuat ibu bapanya dan orang sekeliling terhibur. Apa tidaknya, ada-ada saja ragam dan adegan yang  tak terjangka daripada mereka apatah lagi bagi anak-anak yang menginjak usia 3 tahun yang suka berimaginasi.

Bermain memang kegiatan utama mereka. Sambil bermain mereka belajar. Belajar bersosial, berkongsi, bertolak ansur, bersaing dan bekerjasama. Antara adegan yang kerap berlaku bila kawan-kawan anak datang ke rumah ialah tunjukkan mainan yang baru dibeli. Dah tunjuk-tunjuk, mulalah berebut mainan. Kadangkala bergaduh sampai menangis-nangis. Sungguh menakjubkan apabila akhirnya mereka boleh berkongsi dan saling bertukar mainan. Suci kan jiwa anak-anak ni? Mereka boleh dengan mudahnya memaafkan walaupun tak pandai menyebut perkataan maaf. Pelajaran dalam silibus budak-budak ni kadang-kadang mak-mak dan bapak-bapak budak pun belum 'lulus' pelajaran ni...

Belajarlah kita sepanjang masa walau dimana pun kita berada dan daripada siapa pun kita belajar hatta sekalipun dia seorang anak kecil!